Saturday, August 20, 2011

Aku mohon

19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadan (awal pg jumaat)

Ya Allah aku mohon keberkataan dan restu dariMU Ya Allah.. 

Keberkatan dariMu Mahkota istana kami
Restu dariMu Mahligai impian kami
Keredhaan dariMu Bahagia milik kami....

Ayah....Ibu....
kami mohon restu dari mu,
restu mu amat berharga bagi kami,
restu mu adalah titik kebagian kami,
tanpa restu mu, kebagian tidak akan kami miliki...

Jodoh itu telah tersurat di azali,
hari ini mungkin kau milikku dan aku milikmu,
akan tetapi esk belum tentu kan bersama,
sayang dan cinta itu mungkin boleh wujud dalam hati kami,
tapi seandainya DIA tidak mengizinkn untuk kami bersama,
maka janganlah bersedih,
kerana,
MUNGKIN ADA YANG TERBAIK BUAT DIA DAN AKU...
tapi...
berdoalah dan mohonlh pada DIA yg 1 agar dipertemukan dan di satukn... 
amin.....

Doaku agar kekal hingga akhir hayat.. amin... 
Mohan yang terbaik bagiMU buat diriku.....




Tuesday, August 9, 2011

Bisikan hati yang tiada jawapan

Mungkin yang terakhir

setelah sekian lama tidak bersua muka,
kini kau datang dari jauh untuk meluangkan masa dengan ku...

aku menanti kehadiranmu dengan penuh kesabaran,
aku menyambutmu dengan penuh keceria di wajahku,
begitu juga kulihat diwajahmu..

ucapan salam dan tangan yang kau hulur,
aku menyambut dengan penuh kasih sayang,

buat seketika,
hati kecil ku berbisik,
untuk apakah pertemuan kali ini?
masih adakah sinar kebahagian dihujung sana?
atau??
adakah kegembiraan yang akan kumiliki??
seandainya aku gembira,
adakah kegembiraan yang aku perolehi hari ini,
di akhiri dengan kesdihan pada ke esokkannya?

aku biarkan bisikan itu pergi,
pergi dengan soalan yang tiada jawapan,
kerana aku tidak mampu untuk memberikan jawapan pada bisikan aku itu,
kerana aku sendiri tiada jawapan yang pasti untuk itu,

sayang...
andainya aku dapat selami hati kecilmu,
pasti ku mendapat jawapan pada bisikan aku itu,
tapi sayang...
aku tidak mampu kerana aku hanyalah insan biasa...

sayang...
aku bahagia bersama mu,
tapi disebalik kebahagian aku,
aku merelakan dirimu untuk lebih bahagia dariku,
andainya kau gembira,
aku juga turut gembira...

Sayang..
kurase tidak ingin diriku jauh darimu lagi,
tapi aku tahu setiap pertemuan adanya perpisahan,

Sayang...
rasa sayang itu hadir dalam diri kita, itu adalah anugerah dari Yang Maha Esa,
aku bersyukur kerana DIA memberi peluang untuk aku menyanyangi dirimu,
dan aku berterima kasih kepada mu kerna kau juga menyanyangi diriku..
tapi....
walaupun wujudnya sayang di antara kita,
tidak semestinya kita dapat bersatu dan bergabung kasih sayang kita untuk menjadi 1 buah CINTA..
kerna CINTA itu adalah anugerah yang besar untuk hambaNYA,
CINTA bukan untuk disakiti,
CINTA bukan untuk dipermainkan,
CINTA itu terhad...
Sayang...
mari kita duduk seketika,
duduk, renung dan tanya pada HATI...
apakah makna disebalik sayang itu untuk dirinya?
adakah sayang itu hanya untuk teman biasa??
atau
sayang itu untuk menghasilkan 1 taman  CINTA???

renung dan fikir... apa yang engkau inginkn daripada dia...

"Yang Terindah Hanyalah Sementara" Senyumku Untuk Semua... akan tetapi CINTA ku hanya untuk insan yang betul2 menghagai... CINTA aku hanyalah utk DIA yang Maha ESA dan utk ibu bapa aku,
tapi DIA juga mengurniakan kepada hambaNYA untuk memberi cinta itu kepada insan yang menghargai...